Saturday, December 27th, 2008 | Author: herb

Bulan Januari ini sebuah lagi RFC akan dibuka di utara iaitu di Alor Setar berdekatan dengan stesyen bas Shahab Perdana. Lokasi itu juga tidak jauh dari cawangan HPA disitu yang dibuka setahun lalu. Pembukaan RFC di utara memang memberikan kesan yang mendalam kepada masyarakat kerana HPA dilihat benar-benar memperjuangkan peniagaan halal dalam semua bidang.

Namun begitu pada masa kini kita telah mula merancang bagi pembukaan beberapa buah cawangan di Lembah Kelang yang menjadi kayu ukur pemintaan makanan ayam segera HPA dipasaran. Lokasi yang telah sedia ialah di Bangi, Shah Alam dan Klang. Ketiga tempat ini akan dibuka serentak mengikut perancangan akhir yang telah dibuat. Kegembiraan yang jelas daripada semua ahli-ahli HPA dapat dilihat dalam majlis KPJ yang diada di KLIH baru-baru ini dan lontaran takbir pun bergema selepas perancangan dimaklumkan. Allahuakbar.

Sumber: Blog Pengarah Urusan HPA http://jawiherbshop.blogspot.com/

* Alhamdulillah…harapan umat Islam yang sekian lama ternanti-nanti untuk melihat sebuah syarikat 100% muslim dalam perniagaan restoran makanan segera kian tercapai dengan perkembangan RFC kini yang memberansangkan. Mungkin ada umat Islam yang sudah lama tidak merasai keenakan KFC yang menjadi penyumbang kepada kekejaman Yahudi di Palestin. Mereka bukannya tidak mampu untuk membeli, tetapi hati mereka sudah tidak mampu untuk melihat saudara seagama di tindas dengan kejam hasil dari sumbangan mereka. Tidak sanggup untuk melaburkan walau satu sen sekalipun kepada Yahudi Laknatullah.

Kini, umat Islam bersama-sama HPA terus melangkah. Bangun dicelah-celah duri yang menikam. Walaupun penuh dengan rintangan. Namun usaha dan doa kepada Allah terus dipanjatkan. Agar perjuangan ini mudah untuk ditempuhi.

* Kepada teman-teman seperjuangan di Lembah Kelang doakan semoga RFC berjaya membuka cawangannya di sana. InsyaAllah. Tahniah kepada yang sanggup bersusah payah datang ke Sg. Petani dari Kuala Lumpur untuk merasai sendiri RFC. Inilah yang dikatakan perniagaan yang diiringi dengan hati.

Tags:
Category: Berita
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses

  1. 1
    oreo yang itam 
    Sunday, 28. December 2008

    bila mau buka kat klate~
    tak tahan dah nie…huahuahua

  2. alhamdulillah.. ana org kelang.. yeah.. x lama lagi boleh la rasa RFC idamanku…….

  3. alhamdulillah……

    semoga hpa terus maju demi umah

Leave a Reply