Thursday, June 25th, 2009 | Author: herb

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

Keratan Akhbar

Keratan Akhbar

KOPERASI Wahida HPA atau KoHPA, koperasi ditubuhkan syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini, HPA Industries Sdn Bhd (HPA) sejak tiga tahun lalu, mengumumkan dividen sebanyak 14 peratus kepada pelaburnya bagi tahun modal saham berakhir 30 Jun 2008.

Dividen empat peratus lebih tinggi berbanding tahun modal saham berakhir 30 Jun 2007 itu diumumkan ketika Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-3 pada 20 Jun lalu di Hotel De Palma Ampang, Selangor.

Mesyuarat dihadiri lebih 90 perwakilan dari setiap zon iaitu Utara, Timur, Selatan, Tengah, Borneo dan staf HPA dengan dirasmikan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Perlis, La’anain Jamil.

Pengumuman berkenaan dibuat Pengerusi KoHPA, Mohd Faisol Abdul Rahman, yang turut mengumumkan koperasi berkenaan mencatatkan keuntungan lebih RM1 juta bagi tahun kewangan berkenaan hasil daripada pelaburan dalam perniagaan Kopi Radix dan ayam organik yang dikeluarkan HPA.

Beliau yang juga Pengurus Besar Al-Wahida Marketing (AWM) Malaysia dan Indonesia iaitu unit bertanggungjawab terhadap pemasaran dan jualan produk di dalam HPA berkata, KoHPA akan meneruskan pelaburan di dalam industri yang dirasakan selamat tetapi mampu mencatatkan keuntungan besar di dalam HPA.

“Antara Laporan Projek 2010 terhadap unjuran keuntungan yang bakal diperoleh KoHPA ialah melalui pelaburan dalam Kopi Radix kerana terbukti kopi adunan daripada tujuh jenis herba keluaran HPA ini adalah kopi segera terlaris di Malaysia dan kini turut popular di Indonesia menerusi program `Groom Big’ yang dilancarkan HPA di Indonesia.

“Kita juga akan melabur dalam beberapa projek besar HPA seperti ayam organik, makanan ayam, Radix Fried Chicken (RFC) dan skim Takaful,” katanya.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Bisnes/20090625085050/Article/index_html

Category: Uncategorized  | Tags: ,  | Leave a Comment
Wednesday, June 17th, 2009 | Author: herb

100 Tahun Yang Lalu

Izinkan saya membawa anda semua kembali ke sekitar 100 tahun yang lalu.

boikot-nestle-sahabat-israelNestle memulakan dinastinya di Malaysia seawal tahun 1912 di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company. Ini bermakna 97 tahun, iaitu hampir 100 tahun Nestle berada di Malaysia. Saya yakin anda yang sedang membaca artikel ini belum dilahirkan lagi ketika itu, dan kemungkinan juga tidak ada upaya untuk hidup sehingga 100 tahun.

Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelum perkataan Malaysia itu dapat dieja.

Ini juga bermakna produk Nestle telah pun disuapkan ke mulut rakyat Islam Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia masih lagi disuapkan ke mulut kita yang masih hidup pada hari ini, mungkin juga ke mulut anak-anak kita yang akan menjadi generasi baru pada masa hadapan.

Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin. Dan ini berlaku hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begitu enak dan santai sekali menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milo pada malamnya.

Ada pula yang menikmati minuman Neslo, iaitu gabungan Nescafe dan Milo dalam satu gelas dimana kedua-duanya juga adalah produk Nestle. Gandingan dua produk ini barangkali memberi kepuasan berganda-ganda kepada peminumnya, dimana setiap tegukan itu serentak dengan bedilan berganda-ganda juga ke atas bumi Palestin oleh Yahudi Laknatullah.

Milo dan Nescafe Menjadi Darah Daging Umat Islam Malaysia ?

Bukan satu rahsia bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar minuman Milo di dunia. Fakta ini dijelaskan apabila Nestle menerima anugerah Pingat Emas untuk Malaysia-Canada Business Excellence Award pada 2006. Dinyatakan pada laman web itu:

Malaysia consumes 90% of worldwide consumption of Milo. It is so popular that almost all households have a tin of Milo and it would be almost impossible to find a restaurant that doesn’t sell Milo beverages.

Saya terjemahkan di sini:

Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia. Ianya amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo dan hampir mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan minuman Milo.

mcbc-business-excellence-awards-kuala-lumpur-2006-nestle-milo

Pingat Emas untuk Nestle, fakta memalukan rakyat Malaysia

Bukankah gila atau lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakan sebesar-besar dunia ini, 90% penggunaan Milo itu datang dari rakyat Malaysia semata-mata?Fakta ini juga pernah dimasukkan dalam Wikipedia berkenaan Milo, tetapi jika anda pergi ke pautan itu kelihatannya fakta tersebut telah dihapuskan. Pautan rujukan ke Anugerah MCBC juga telah dihapuskan dari Wikipedia itu. Saya tidak tahu mengapa dan bila ia dihapuskan dari Wikipedia, tetapi mujurlah saya sempat untuk mengambil screenshot semasa ianya masih ada.

fakta-milo-wikipedia

Fakta yang hilang?

Jika anda bandingkan dengan Wikipedia yang terkini, ayat yang menyatakan Malaysia menggunakan 90% Milo itu sudah dihapuskan, atas sebab-sebab yang saya sendiri pun tidak tahu.Saya tidak fikir jika ada pihak Wikipedia yang menganggap fakta itu salah, memandangkan ianya diakui oleh Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Sullivan O’Carrol dalam akhbar TheStar Online baru-baru ini:

O’Carrol said Milo has been available in the country for almost 60 years and Malaysians were the world’s largest consumers of Milo.

Saya terjemahkan di sini:

O’Carrol berkata Milo telah berada di negara ini hampir 60 tahun dan rakyat Malaysia merupakan pengguna Milo terbesar di dunia.

shahrir-urges-restaurants-to-lower-price-of-milo

Sullivan akui rakyat Malaysia paling lahap meminum Milo. Sumber>>

Adakah kita berbangga dengan kenyataan ini? Kita, rakyat Malaysia, yang beragama Islam terutamanya, begitu berjasa kepada Nestle melalui penggunaan Nescafe dan Milo selama ini.Produk Nescafe dan Milo ini menyumbangkan keuntungan kepada Nestle sebanyak 63% di Malaysia berbanding produk Nestle yang lain. Dan keuntungan ini digunakan oleh Nestle untuk membantu Israel melenyapkan bumi Palestin.

Hasil jasa baik kita semua ini telah membawa Nestle ke tahap yang tinggi sehingga kini. Sudah tiba masanya untuk kita menjatuhkannya.

Nestle Ketawa Melihat Jahilnya Umat Islam

Sumber rujukan: InMinds.co.uk

shahrir-minum-milo-depan-sullivan

Dato Shahrir menikmati darah umat Palestin Milo di hadapan Sullivan. Sumber>>

Semasa kita umat Islam Malaysia masih setia menggunakan produk Nestle menjadi sebahagian darah daging kita, syarikat itu telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar makanan dari Israel iaitu Osem Investment pada tahun 2000 untuk membina sebuah fasiliti R&D di Sderot, Israel.R&D itu digunakan sebagai .pusat pembangunan bagi makanan snek (ya, makanan yang kita semua jamah setiap hari itu) dan jutaan dollar dilaburkan untuk operasi R&D tersebut.

Pusat R&D itu dibina di atas tanah haram di bawah kerajaan haram Israel. Dan jutaan dollar dilaburkan ke atas pusat R&D haram itu tiap-tiap tahun. Tanah yang dirampas dari tangisan dan darah umat Palestin itu senang-senang sahaja digunakan oleh Nestle untuk kemudahan dirinya, malah memberi manfaat pula kepada kerajaan haram Israel.

Sebangsat mana lagi kelakuan Nestle yang diperlukan sebelum kita mahu memboikotnya?

boikot-nescafe-darah-palestin Setiap produk Nestle yang kita jamah itu mengandungi satu lagi kandungan ramuan yang terlindung, iaitu darah umat Palestin!

Pada 1998, Peter Brabeck-Letmathe (salah seorang Lembaga Pengarah Nestle, kini sebagai Pengerusi), mewakili syarikat Nestle telah menerima Jubilee Award disampaikan oleh Perdana Menteri Israel sendiri iaitu Benjamin Netanyahu.

Anugerah Jubli ini adalah yang tertinggi pernah diberikan oleh kerajaan haram Israel sebagai tanda penghargaan kepada individu atau organisasi yang berjasa kepada kerajaan haram tersebut, samada melalui perdagangan atau pelaburan.

Berjasa di sini bermakna individu atau organisasi itu telah membantu ekonomi Israel, meningkatkan kewangannya untuk membeli lebih banyak senjata api untuk membunuh rakyat Palestin, menghalau mereka dari tanahair sendiri dan membina binaan haram di atas tanah yang dirampas.

Membeli produk Nestle bermakna membantu dan mengiktiraf kerajaan haram Israel. Setiap sen yang dibelanjakan untuk membeli produk mereka akan sampai kepada kerajaan haram Israel. Dan Israel akan menyampaikan setiap sen yang kita berikan dalam bentuk peluru yang dibedil ke atas umat Islam Palestin.

Apa Pendirian Kita?

Ramai di antara kita yang hanya pandai merungut.

  • Macam mana nak boikot kalau dah kedai makan cuma jual Milo je, mana ada produk lain?
  • Macam mana nak boikot kalau dah kedai runcit cuma ada produk Nestle je, mana ada produk lain?

Pernahkah kita bersuara kepada tauke kedai meminta mereka menukar menu minuman dari Milo kepada jenama lain? Pernahkah kita berkata kepada mereka yang kita tidak mahu jenama Milo, Nescafe, Nesquik, Maggi dan sebagainya? Pernahkah kita mendesak mereka menyediakan jenama lain?

Kebanyakannya akan menjawab TIDAK. Bermakna kita TIDAK melakukan apa-apa tindakan tetapi hanya pandai merungut. Kita tidak bertindak, apatah lagi menyuarakannya.

Lebih malang lagi jika kita langsung tidak peduli untuk memboikot. Mungkin juga menjadi lebih bangsat apabila kita memperlekehkan pula usaha memboikot.

Berapa lama lagi perlu kita tunggu sebelum kita mahu mula memboikot produk Nestle?

Jika kita masih mahu menunggu sehingga Palestin hancur, maka ketahuilah bahawa Palestin telah lama hancur!!

Sumber dari Blog PEDULI

Category: Perbincangan  | Tags: ,  | Leave a Comment
Tuesday, June 16th, 2009 | Author: herb

Dari Blog GM Al-Wahida Marketing

GM sekali lagi menegaskan bahawa penggunaan nama agen stok semasa pembelian barang adalah di larang sama sekali. Saya mengingatkan staf cawangan supaya mematuhi arahan tersebut.
Kepada para peserta PBC, disini cadangan bagi penyelesaian masaalah tersebut:

  1. Pembelian yang dilakukan di cawangan oleh pengedar pada bulan sebelum hadzir ke PBC adalah diambilkira sebagai pembelian bersyarat untuk melayakan beliau naik pangkat. Contoh - A masuk pbc bulan jun09. A dah buat pembelian 150NM pada bulan Mei09 di cawangan dan menerima bonus sebanyak rm15.00. Lalu A membuat pembelian lagi sebanyak 150nm pada bulan jun09 dan ini akan melayakannya menerima bonus RM30+BPS serta berpangkat PLX. Kita cuma benarkan tempoh dua bulan pembelian 300NM biarpun berapa kali pembelian. Ini akan menyelesaikan banyak masalah. rungutan pemimpin cuma sebab tak boleh simpan, kalau beli di cawangan dianggap sebagai simpanan semua masalah boleh selesai.
  2. Kalau lepas masuk pbc pada bulan jun09 baru A membuat pembelian - contoh 100nm pada bulan jun A akan terima bonus RM10.00 untuk bulan jun. Pada bulan julai A perlu buat pembelian pula sebanyak 200nm dan menerima bonus rm40+BPS.

    Apa yang penting peserta PBC perlu menghantar borang PINK dan salinan inbois yang membuktikan telah mengumpulkan 300NM dalam jangka waktu 2 bulan. Sila pastikan salinan inbois di photokopi untuk simpanan rekod peribadi.
    Saya rasa ini satu perkara yang praktikal untuk dilakukan dan boleh menyelesaikan masalah di kedua2 belah pihak. Isu yang berbangkit bukannya pembelian 300NM dalam satu invois tetapi bagaimana mengumpulkan 300NM kedalam satu bulan.
    Selepas kenyataan ini GM berharap tiada lagi permasalahaan akan timbul.

    INFO TAMBAHAN: KEPADA SEMUA PENGEDAR YANG INGIN MENDAPATKAN PENYATA BONUS BULANAN SECARA EMAIL SILA HANTAR ALAMAT EMAIL ANDA PADA awm.mis@gmail.com

    Category: Berita  | Tags:  | Leave a Comment
    Thursday, May 28th, 2009 | Author: herb

    Dari blog JawiMedHerb

    Ada beberapa lagi produk HPA nampaknya telah mula diedarkan seperti:

    1. Rempah ikan dan daging
    2. Madu Corsinium dan Madu Ardisia

    Rempah ikan dan daging mempunyai rasa yang sedap,bersih dan dihasilkan daripada rempah pilihan. InsyaAllah menepati kehendak citrarasa pengguna. Anda boleh mencuba dahulu rempah ini sebelum mengiklankan kepada ahli-ahli dibawah anda.

    Madu Corcinium pula ialah adunan siap ubat untuk rawatan resdung yang kronik. Mereka yang telah hilang kepekaan menghidu aroma, hidung tersumbat dan bersin pada waktu pagi sebaiknya mencuba herba ini. Bagitu juga dengan Madu Ardisia untuk pesakit gaut yang lebih kuat keberkesananya daripada ardisia.

    Pengambilannya 1 sudu 3 kali sehari dan minum air panas apabila mengambil herba-herba ini dan jangan mengambil minuman berais.

    Wednesday, May 27th, 2009 | Author: herb

    Dari blog GM HPA

    Salam seluruh warga HPA

    Alhamdulillah. Dalam usia 2 tahun penubuhan, kami menjangkakan akan mengeluarkan 14% dividen kepada seluruh pelabur yang berakhir 30hb Jun 2008. Walaupun dunia menghadapi kegawatan ekonomi, namun kita berjaya mengambil jalan keluar dan menjayakan perniagaan berlandaskan syariah. Terbukti rancangan usahasama perniagaan projek kopi, ayam organik dan takaful yang di jalankan oleh Ko Wahida telah mencatatkan keuntungan dan sekali gus memberikan peluang kepada seluruh pelabur. Justru itu saya berharap kepada seluruh warga HPA, untuk terus melabur dalam Ko Wahida. Saya juga berharap kepada para pengedar khususnya para PJS supaya berurusan dengan lebih aktif termasuk urusan insuran kereta peribadi.

    Category: Berita  | Tags:  | 4 Comments